Bergedil Tauhu

Ramuan / Bahan

4 biji telur
10 keping tauhu putih
600 gm udang hidup
5 biji cili merah 2 cawan minyak masak
Daun sup dan daun bawang secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara

Udang dibersihkan, buangkan kulit dan basuh. Setelah itu direbus sehingga masak dan ditumbuk hingga halus. Tauhu dibersihkan kemudian ditumbuk hingga lumat. Cili merah dikisar hingga lumat. Daun sup dan daun bawang dimayang hingga halus. Setelah itu gaulkan kesemua sekali bahan-bahan ini dalam sebuah bekas. Tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa dan bentukkan adunan bulat-bulat. Pukul telur sehingga kembang. Celupkan bahan yang telah dibulat-bulatkan tadi ke dalamnya. Setelah itu gorenglah sehingga garing. Bila telah masak bolehlah dihidangkan dengan sos cili.