Bergedel Udang Kering

Ramuan / Bahan

6 biji kentang (buang kulit,dihiris sederhana tebal,goreng dan tumbuk)
1 peket kecil udang kering (rendam dalam air panas 10 minit-biar lembut)
hirisan bawang merah & putih goreng (kalau suka, letaklah banyak2)
hirisan daun sup.
garam secukup rasa.
sebiji telur.

Cara-cara

goreng kentang yang dipotong nipis2 tadi dan lenyek-lenyekkan.
tumbuk udang kering, bawang goreng dan gaul bersama kentang serta garam secukup rasa. jangan lupa daun sup.
bulat2kan dan leperkan sedikit.
celup dalam bancuhan telur dan goreng.