Bak Choy Goreng

Ramuan / Bahan

600 gm bak choy (sawi cina)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
400 gm udang sederhana besar
3 sudu besar sos tiram (dicairkan dengan ΒΌ cawan air) 2 biji cili merah (dibelah dua)
Minyak bijan untuk menumis
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Bersihkan bak choy, celur dan tuskan. Panaskan dua sudu besar minyak bijan dan tumis bawang sehingga garing.

Masukkan udang dan sos tiram, sesuaikan rasa dan biarkan seketika, angkat dan tuangkan kuahnya ke atas bak choy.

Hidangkan apabila sudah masak.