AYMRI Taukua dan tanghun goreng

Ramuan / Bahan

6 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 keping taukua
200 gram tanghun
100 gram udang(sederhana besar) 1 camca besar sos tiram
garam secukup rasa
sedikit air
minyak masak
daun bawang untuk hiasan
1 biji cili hidup untuk hiasan

Cara-cara

Rendam tanghun hingga lembut.
Rendam cili kering dalam air panas. Setelah cili kering lembut, kisarkan cili kering, bawang merah dan bawang putih.

Taukua dipotong 6. Panaskan minyak dan goreng takua hingga kuning. Toskan minyak.

Panaskan sedikit minyak dalam kuali(kira kira 10 camca besar). Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Setelah naik baunya, masukkan garam, sos tiram, udang, tanghun dan taukua dan sedikit air. Goreng hingga kering.