Asparagus Tumis Mesra

Ramuan / Bahan

400 gm asparagus
100 gm hati ayam (direbus)
100 gm isi ayam
100 gm sotong
6 ulas bawang putih
1 sudu kecil sos tiram 1 sudu kecil sos tomato
1 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil sos lada hitam
1 labu bawang besar
2 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar minyak jagung

Cara-cara

Tumis bawang putih dan bawang merah hingga kuning.

Masukkan kesemua sos.

Masukkan pula hati ayam, isi ayam dan sotong.

Tumis hingga masak dan masukkan asparagus.

Taburkan bawang goreng di atasnya.