Asparagus Can Malican

Ramuan / Bahan

1 ikat asparagus
10 ekor udang
1 batang lobak merah (potong memanjang)
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
4 batang cili merah
30 biji cili padi - ikut selera
2 inci belacan (ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar udang kering
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Belacan, bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi ditumbuk kasar.

2. Panaskan minyak dan tumis udang setengah masak. Angkat dan asingkan.

3. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Kacau perlahan-lahan.

4. Tambahkan garam, sos tiram dan gula secukup rasa. Biarkan garing.

5. Akhir sekali, masukkan asparagus, lobak merah, udang kering dan udang. Kacau sampai sayur layu.

6. Sedia dihidangkan. Enak dimakan sewaktu panas.