Asparagus & Cendawan Bersos Tiram

Ramuan / Bahan

Asparagus ( seikat / ikut selera )
2 sudu teh minyak masak
4 ulas bawang putih ( dice / cincang )
Cendawan Butang ( 1 tin / belah dua )
Cendawan tiram ( ikut selera )
Sos tiram ( 4 sudu besar )
Air ( 4 sudu besar )

Cara-cara

1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang putih yang dicincang tadi.

2. Celur sebentar asparagus yang telah lembut dan batang yang keras tak perlu diambil.kemudian angkat dan tos.

3. Masukkan sos tiram dan kedua- dua jenis cendawan tadi kemudian masukkan sedikit air agar ia tidak terlalu pekat.

4. Letakkan asparagus yang sudah dicelur tadi kedalam piring kemudian curahkan sos yang telah dimasak bersama cendawan tadi. dan ia sudah boleh dinikmati.