Aneka Sayur Campur

Ramuan / Bahan

100 gm brokoli
100 gm bunga kubis
100 gm cendawan segar
8 batang putik jagung
2 sudu besar minyak
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 sudu besar sos tiram
2 camca teh tepung jagung
½ camca teh gula
Sedikit garam
1 cawan air rebusan ayam
Sedikit daun bawang

Cara-cara

Celur sayur-sayuran selama satu minit. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah, bawang putih dan daun bawang hingga kekuningan.

Masukkan sos tiram, tepung jagung, gula dan air rebusan ayam, masak hingga kuah pekat. Sendukkan kuah ke atas sayuran.

Hidangkan ketika masih panas bersama nasi.