Kacang Tanah Goreng Pedas

Ramuan / Bahan

1 kg kacang tanah (goreng awal)
3 ulas bwg merah (kisar)
3 ulas bwg putih (kisar)
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar gula
garam
ajinomoto
2 sudu besar sos cili maggi
2 sudu besar minyak
2 sudu besar ikan bilis kering (goreng awal)

Cara-cara

panaskan minyak. tumis bwg merah dan putih sehingga keluar minyak.kemudian tumiskan lada dan masukkan gula. kacau sehingga keluar minyak dan kental kerana gula. jika kurang kental tambah sedikit gula lagi. kemudian masukkan kacang goreng gaul rata lagi dan masukkan ikan bilis dan sos cili. gaul dan akhir sekali masukkan bahan perasa garam dan ajinomoto.