Ampap Nangka Muda

Ramuan / Bahan

1000 gm nangka muda
60 gm bawang merah - dimayang halus
30 gm bawang putih - dimayang halus
5 batang serai - dititik
30 gm kunyit hidup - digiling halus 1.5 santan
30 gm kerisik - dikisar
50 gm beras goreng
Garam

Cara-cara

Bersihkan nangka dan buang empulurnya. Potong setebal 2 inci. Rebus nangka hingga empuk. Panaskan santan dalam periuk dan campurkan bawang merah, bawang putih, kunyit yang telah digiling dan juga serai. Masukkan nangka muda dan kacau hingga sebati. Masukkan bahan perasa, kerisik dan beras goreng dan masak di atas api yang sederhana sehingga kuah pekat. Angkat dan hidangkan. Sesuai untuk hidangan makan tengah hari.