Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ampap Nangka Muda

Ramuan / Bahan

1,000 gm nangka muda
60 gm bawang merah (dimayang halus)
30 gm bawang putih (dimayang halus)
5 batang serai (dititik)
30 gm kunyit hidup (digiling halus) 1.5 liter santan
30 gm kerisik (dikisar)
50 gm beras goreng
Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan nangka muda dan buang empulurnya. Potong setebal dua inci. Rebus nangka hingga empuk. Panaskan santan dalam periuk dan campurkan bawang, bawang putih, kunyit yang telah digiling dan juga serai. Masukkan nangka muda dan kacau hingga sebati. Masukkan bahan perasa, kerisik dan beras goreng dan masak di atas api yang sederhana sehingga kuah pekat. Angkat dan hidangkan. Sesuai untuk hidangan makan tengahari.