Aloo Gabi

Ramuan / Bahan

50 gm bawang
30 gm halia (dikisar)
30 gm bawang putih (dikisar)
60 gm serbuk kunyit 40 gm serbuk ketumbar
300 gm ubi kentang
1 kg bunga kubis
10 gm garam

Cara-cara

Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia. Tunggu hingga naik baunya. Kemudian masukkan pula ubi kentang, bunga kubis, tunggu hingga masak. Setelah itu masukkan pula serbuk kunyit dan serbuk ketumbar serta sedikit air. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa.