Acar Timun Keropok

Ramuan / Bahan

5 - 8 biji timun
4 batang carrot

Timun dikerat 1 inci setiap keratan. Buangkan isinya.
Carrot dipotong nipis mengikut saiz timun. Perahkan timun dan carot asing-asing menggunakan kain jarang dan jemur hingga kering. RM2.00 udang kering dibersih dan blender
RM1.00 Kari acar timun
5 ulas bawang merah )
2 ulas bawang putih ) dimayang halus
Halia 6 inci )
5 sudu besar cuka
7 sudu besar gula
secubit garam, minyak untuk menimus
2 biji limau kesturi (ambil airnya)
Hiasan: 50 ct Bijan digoreng tanpa minyak dan cili hidup merah & hijau dihiris nipis.

Cara-cara

1. Tumiskan hirisan bawang dan halia. Bila layu, angkat dan Ketepikan.
2. Tumiskan udang kering sampai kuning, angkat dan ketepikan.
3. Goreng kari acar & sedikt air hingga keluar minyak. Baru masukan bawang, udang kering yang ditumis tadi.
4. Kuar hingga sebati, baru masukan jemuran timun dan karot.
5.Masukan cuka, gula, garam, jus limau.
6.Kuar lagi hingga sebati & agak kering.
7.Akhir sekali baru masukan bijan goreng dan hirisan cili hijau dan merah.