Acar Timun

Ramuan / Bahan

4-5 sudu besar minyak masak
Sedikit gula dan garam
250 ml cuka
4 biji timun (dibuang empulur, didadu 4 cm panjang dan dibubuh sedikit garam)
10 biji cili merah (dibelah dua tidak putis hujungnya)
4 biji cili hijau (dibelah dua tidak putus hujungnya)
2 biji bawang besar (dibelah lapan)
2 ulas bawang putih (dibelah dua atau tiga)
10 biji bawang merah (tidak dibelah) Bahan-bahan dikisar halus:
5 biji buah keras
3 cm halia
2 cm belacan bakar

Cara-cara

Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng bahan dikisar halus hingga terbit bau. Masukkan gula, garam dan cuka. Biar hingga ia mendidih. Bubuh timun bersama cili merah, cili hijau, bawang besar, bawang putih dan bawang merah di dalam mangkuk. Tuang bahan tumis tadi di dalam mangkuk timun, gaul hingga ia sebati. Biar tiga jam sebelum dihidangkan.