Acar Taucu

Ramuan / Bahan

3 biji timun sederhana besar
3 camca besar minyak
6 ulas bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
1 ½ cawan air (untuk air asam)
12 tangkai cili hijau 1 ¼ sm halia dicincang
45 gm ikan bilis dicincang
3 camca besar taucu digiling kasar
3 biji bawang besar
Sedikit asam jawa

Cara-cara

Bersihkan timun kemudian dipotong empat memanjang dan dibuang hempulurnya. Potong timun memanjang 4 sm, kemudian belah dua di tengah (jangan putus). Panaskan minyak didalam kuali dan goreng bawang merah dan bawang putih hiris. Goreng hingga kuning baru masukkan taucu dan goreng lagi hingga wangi. Apabila telah naik bau, masukkan air asam jawa, ikan bilis dan garam, halia didihkan. Campurkan bawang besar yang telah dibelah empat tetapi tidak putus, timun dan cili hijau yang dibelah dua. Didihkan beberapa minit dan pastikan timun tidak terlalu masak.