Acar Sayur

Ramuan / Bahan

1 biji timun (potong memanjang)
10 batang kacang panjang
5 sen taugeh (buang ekornya)
10 sen kacang tanah (disangar)
20 biji cili merah (dibelah dua) 20 biji bawang merah (biarkan bulat)
2 camca besar minyak
1 cawan cuka
1 sudu teh biji sawi
Sedikit garam dan gula

Cara-cara

Timun, kacang panjang dan taugeh digaul dengan sedikit kunyit. Panaskan minyak, masukkan sayur-sayuran tadi. Kemudian masukkan garam, cuka, gula dan biji sawi. Akhir sekali masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk kasar, cili merah serta bawang merah. Kacau perlahan-lahan, jangan sampai layu.