Acar Pisang Gala

Ramuan / Bahan

4 biji pisang gala
1 labu bawang besar dibelah 6
2 biji cili merah dibelah 4
2 sudu makan cuka
½ sudu air 1 sudu kecil gula
1 sudu makan cili yang telah digiling
3 ulas bawang merah
Sedikit garam

Cara-cara

Pisang dibersihkan dan dikelar-kelar tetapi jangan putus. Setelah itu rendamkan dengan air garam selama 5 minit, kemudian campurkan dengan cili giling dan tumiskan sehingga garing, masukkan air, cuka, garam dan gula secukup rasa. Bila air telah mendidih masukkan pisang, bawang besar dan cili hidup. Bila telah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.