Acar Pic

Ramuan / Bahan

1 ¼ cawan cuka epal
1 cawan kismis hitam tanpa biji
1 ¾ cawan gula
100 gm halwa halia, dicincang
1150 gm pic, disejat
2 biji limau (oren), dibuang biji dan dicincang, jangan buang kulitnya 1 labu bawang putih, dicincang
1 camca teh garam
¾ cawan badam
2 biji lada benggala, didadu besar
½ cawan cuka epal
1 camca teh halia kisar

Cara-cara

Masak cuka epal dan masukkan kismis hitam, gula, halwa halia, pic, limau (oren), limau susu, bawang putih dan garam. Renih 30 minit. Jangan ditutup periuk. Masukkan badam, lada benggala, cuka epal dan halia kisar. Renih 10 minit lagi. Kacau selalu untuk mengelakkan ia daripada berkerak. Apabila acar cukup masak, angkat dan simpan di dalam bekas kedap udara.