Acar Pakistan

Ramuan / Bahan

10 biji cili hijau
5 biji cili kering
30 sen bawang merah
30 sen bawang putih
Sedikit jintan manis
Jintan putih
Lada sulah ½ inci halia
½ inci kunyit
½ cawan cuka
1 sudu minyak kelapa
3 sudu gula pasir
Sedikit garam & serbuk perasa

Cara-cara

Lada hijau dibelah 2. Cili kering, kunyit, halia, bawang merah & bahan rempah digiling lumat. Satukan cuka, gula & kacau hingga sebati. Panaskan periuk & tumis rempah hingga kuning. Kemudian masukkan cuka bercampur garam, biarkan selama 5 minit. Masukkan bawang putih, lada & biarkan mendidih. Sebelum angkat masukkan serbuk parasa. Masakan ini elok diangkat ketika separuh pekat.