Acar Nyonya

Ramuan / Bahan

1 biji timun (dipotong memanjang)
1 batang karot (dipotong memanjang)
5 sm halia (dimayang)
4 biji cili merah (dibelah enam)
2 ulas bawang putih 15 ulas bawang merah atau 6 labu bawang besar
Sedikit cuka dan gula
1 camca besar udang kering
6 biji cili kering
Sedikit belacan

Cara-cara

Panaskan air hingga menggelegak kemudian celurkan timun, karot, halia, bawang merah dan bawang putih. Cili kering digiling halus bersama udang kering dan belacan. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan yang digiling tadi kemudian masukkan cuka, gula dan sedikit garam hingga naik baunya. Masukkan bahan-bahan yang dicelur tadi kemudian bolehlah diangkat.