Acar Kuning

Ramuan / Bahan

1 biji timun dipotong panjang
1 biji lobak merah dipotong panjang
10 tangkai kacang buncis
3 sudu besar minyak
1 cm halia dikisar
2 cm kunyit hidup dikisar
1 batang serai, dititik 4 biji bawang putih ditumbuk
5 sudu besar cuka
Garam dan gula secukupnya
6 biji bawang merah, dibelah dua
3 tangkai cili merah dibelah empat
15 biji cili padi

Cara-cara

Timun, lobak merah, kacang buncis direndam di dalam air garam sebentar, lalu disejat.

Panaskan minyak, tumis halia, kunyit, serai dan bawang putih hingga garing. Masukkan cuka, gula dan garam.

Apabila mendidih, masukkan bawang, cili merah, cili padi, timun, lobak merah dan kacang buncis. Kacau rata lalu diangkat.