Acar Kuning

Ramuan / Bahan

1 biji timun (dipotong memanjang)
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1 labu bawang besar (dipotong enam)
3 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
2 sm halia (dimayang)
Sedikit cuka, kunyit dan garam
ΒΌ cawan air

Cara-cara

Tumis bawang yang dimayang tadi, kemudian masukkan serbuk kunyit, cuka dan garam. Kacau hingga sebati. Masukkan sayur yang telah dipotong tadi diikuti dengan gula dan garam. Akhir sekali masukkan 3/4 cawan air dan masaklah hingga sebati.