Acar Kerisik

Ramuan / Bahan

4 biji timun (dipotong memanjang)
3 biji lobak merah (dipotong memanjang)
5 biji cili hijau (dibelah empat)
5 biji cili merah (dibelah empat)
20 ulas bawang merah atau 6 labu bawang besar
20 ulas bawang putih (dimayang halus) 1 inci halia (dimayang halus)
1 camca besar kerisik
10 biji cili kering (digiling lumat)
Sedikit serbuk kunyit, garam dan gula
½ camca kecil biji sawi
Cuka secukupnya

Cara-cara

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih, cili kering, serbuk kunyit, biji sawi, kerisik dan cuka. Balik-balikkan hingga kuning dan naik bau. Masukkan air, gula dan garam. Biarkan hingga mendidih. Masukkan lobak, timun, halia, bawang putih dan bawang merah. Tutup periuk dan biarkan bahan-bahan itu empuk.