Kacang Bersalut Rempah

Ramuan / Bahan

1 kg kacang tanah
2 biji telur
200 gram tepung pulut

2 sudu camb tepung kanji
2 bkgs masako
Garam secukup rasa
1 gelas gula kaster

Cara-cara

Pukul telur dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan Masako dan garam kedalam adunan tadi. Kacang tanah terlebih cuci dan toskan.

Kemudian campur kedalam adunan tadi. Kacau dengan tepung kanji dan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga semuanya sebati dan gorengkan dalam minyak yang penuh.

Semasa menggoreng kacang tersebut dilenyekkan agar berpisah antara satu sama lain. Goreng sehingga keperangan.