Acar Kering Manaun

Ramuan / Bahan

6 biji jeruk limau, dibelah dua
100 gm kurma kering
100 gm prun
100 gm jeruk lobak, dibelah dua
100 gm asam hitam
100 gm asam manis
15 biji bawang merah, dibelah dua
8 ulas bawang putih, dibelah dua
6 tangkai cili merah, dibuang biji dan dibelah dua
½ cawan air
½ cawan cuka
1 cawan minyak
Garam, gula dan serbuk perasa secukunya Bahan-bahan digiling:
20 tangkai cili kering
3 camca besar ketumbar
1 camca besar jintan kasar
1 camca besar jintan halus
2 sm kunyit
2 sm halia
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan giling. Kacau hingga rata. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan air. Masukkan jeruk limau, jeruk lobak, asam manis, asam hitam, kurma dan prun. Kacau hingga kurma hancur. Apabila mendidih masukkan bawang merah, bawang putih, cili dan cuka. Masak lagi hingga semuanya layu dan kering. Angkat.