Acar Jantung Pisang

Ramuan / Bahan

1 biji jantung pisang
10 biji cili kering ]
6 ulas bawang merah ] digiling
2 ulas bawang merah ] 1 biji bawang besar (dipotong 4)
1 mangkuk santan pekat
2 sudu besar cuka
Garam secukupnya

Cara-cara

Jantung pisang dibelah dua, kemudian dicelur. Perahkan airnya dan dipotong-potong.

Panaskan minyak dan tumis bahan giling, masukkan santan masak hingga mendidih. Masukkan cuka serta garam, kemudian masukkan jantung pisang dan bawang tadi dan masak hingga pekat.