Acar Dagang

Ramuan / Bahan

1 batang lobak merah
3 biji bawang besar
3 biji cili
Gula Garam
1 batang timun
½ biji kubis
3 sudu besar cuka

Cara-cara

Buangkan kulit lobak dan potong tiga atau empat. Belah memanjang. Timun juga begitu. Buang tulang dan belah macam lobak. Hiris nipis kubis. Hiris cili dan bawang besar membulat. Campurkan semuanya ke dalam bekas. Masukkan cuka, gula dan garam. Gaul rata. Sedap dimakan setelah sejam atau dua jam selepas itu bersama nasi dagang.