Acar Betik

Ramuan / Bahan

1 biji betik muda
3 biji timun
300 g cili hijau (belah dua)
300 g bawang merah
5 sm halia (digiling) 1 sudu besar jintan manis
1 cawan cuka
1 sudu besar gula
½ sudu teh garam

Cara-cara

Betik hiris nipis-nipis dan gaulkan dengan sedikit garam. Timun dipotong kecil-kecil, gaulkan dengan sedikit garam dan dijemur supaya kering. Campurkan betik, timun, cili dan bawang. Masukkan cuka, gula serta garam gaul rata-rata. Panaskan minyak, masukkan sedikit kunyit, halia dan jintan yang telah ditumbuk kasar. Tuangkan sedikit air, kemudian masukkan semua bahan-bahan. Kacau rata dan angkat.