Acar Berhias Manis Mesra

Ramuan / Bahan

2 biji timun-buang empulur dan potong empat tidak putus
4 labu bawang besar-buang empulur dan potong empat tidak putus
5 ulas bawang merah-buang kulit jangan dipotong
4 ulas bawang putih-buang kulit jangan dipotong
3 tangkai cili merah-belah tidak putus
3 tangkai cili hijau-belah tidak putus
2 cm halia-dihiris panjang 3 sudu besar rempah kari daging
Garam, gula dan cuka secukup rasa
3 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
½ cawan minyak untuk menumis
1 sudu besar kerisik-ditumbuk hingga keluar minyak

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bawang tumbuk hingga wangi, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air diikuti halia hiris. Apabila rempah telah garing masukkan kerisik kacau hingga wangi. Masukkan garam, gula dan cuka. Masukkan timun, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan cili. Balik-balikkan hingga layu sedikit bolehlah diangkat.