Acar Berhias Manis Mesra

Ramuan / Bahan

2 biji timun(buang empulur & belah 4)
4 biji labu bawang besar(buang empulur & belah 4 tak putus)
5 ulas bawang merah(buang kulit jangan dipotong)
4 ulas bawang putih(buang kulit jangan dipotong)
3 tangkai cili merah(belah tidak putus)
3 tangkai cili hijau(belah tidak putus)
2 cm halia(dihiris panjang) 3 sudu besar rempah kari daging
Garam, gula & cuka secukup rasa
3 ulas bawang merah(ditumbuk)
2 ulas bawang putih(ditumbuk)
½ cawan minyak untuk menumis
1 sudu besar kerisik(ditumbuk hingga keluar minyak)

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bawang hingga wangi, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air diikuti halia hiris. Apabila rempah telah garing masukkan kerisik kacau hingga wangi. Masukkan garam, gula & cuka. Masukkan timun, bawang merah, bawang putih, bawang besar & cili. Balik-balikkan hingga layu sedikit bolehlah diangkat.