Jejari Trio

Ramuan / Bahan

185 gm merjerin
160 gm gula halus
3 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
½ sudu teh serbuk penaik
310 gm tepung halus Beberapa titik pewarna merah jambu
Sedikit titik pewarna coklat
Sedikit badam hiris
Sedikit ceri merah (dipotong sederhana besar)
Sedikit serpihan coklat

Cara-cara

Putar marjerin bersama gula halus hingga ia kembang. Masukkan kuning telur, putar hingga ia sebati. Masukkan esen vanila bersama serbuk penaik dan tepung halus. Uli adunan hingga ia sebati dan menjadi doh. Bahagi doh pada tiga bahagian. Sebahagian dibiarkan tanpa warna, bahagian kedua diwarnakan merah jambu dan bakinya diwarnakan coklat. Atur tiga doh bercantum. Simpan doh di dalam peti sejuk hingga ia keras. Keluarkan. Potong doh setebal 5 mm. Buat hingga habis doh. Susun doh di atas tin bakar yang dilengser sedikit mentega. Bakar ia pada suhu 180C selama 20 minit. Lekatkan badam hiris pada bahagian putih, ceri pada merah jambu dan serpihan coklat pada warna coklat.