Acar

Ramuan / Bahan

3 biji timun
2 batang lobak merah
2 labu bawang merah
5 sudu makan cuka 3 biji cili merah
3 biji cili hijau
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara

Timun dibuang mempulurnya kemudian dipotong-potong kecil memanjang. Lobak merah dan cili juga dipotong bentuk yang serupa. Bawang besar dimayang halus-halus. Campurkan semua bahan kemudian digaulkan hingga sebati dan sesuaikan rasanya.