Sup Sayur Campur Best

Ramuan / Bahan

bawang merah 6 ulas (ditumbuk)
bawang besar (dihiris nipis)
asam keping 1 keping
minyak 3 sudu makan
cuka 1sudu makan
garam secukup rasa
ajinomoto
lada besar dihiris
cili kecil dipotong
ayam 2 ketul (bahagian dada)
daging 50gram (dihiris nipis)
(bahan -bahan di bawah anggaran untuk sekali makan)
lobak merah 1 biji
kobis bunga 1 buku
cendawan 1 paket
baby corn 4 biji
sawi cina 1tangkai
tomato 1 biji
daun sup

Cara-cara

1.panaskan minyak dengan api sederhana
2.masukkan bawang yang telah ditumbuk tadi
3.setelah naik bau masukkan ayam dan daging
4.kacau dan biarkan seketika
5.masukkan 3 cawan air (bergantung pada banyak mana kuah yang anda mahu
4.masukkan garam,cuka,asam keping dan ajinomoto.Biarkan kuah mendidih
6.masukkan sayur2 keras dahulu, kemudian bawang besar,lada besar,sawi,tomatoda cili kecil
7.tunggu sehingga sup masak dan masukkan daun sup.
8.langkah akhir rasa kuah (masam,masin dan sedikit pedas)
JANGAN BIARKAN SAYUR DAUN SAMPAI LAYU