Sup Kepak Ayam Ala Sarawak

Ramuan / Bahan

1 kg kepak ayam (potong tiga) bersihkan
(Kalau digantikan dengan kaki ayam lagi sedap)
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah sapulaga
1 kuntum bunga lawang
5 sm kulit kayu manis
2 biji kentang (kupas kulitnya dan potong empat)
2 biji tomato (potong empat)
3 sm halia (dihiris)
2 ½ liter air 3 biji limau kesturi (ambil jusnya sahaja)
1 ketul kiub pati ayam (Knorr)
½ sudu makan aji no moto
Garam secukup rasa
50 sen daun sup (potong 1 sm)
3 ulas bawang putih (dimayang dan digoreng, toskan minyaknya)
3 ulas bawang merah (dimayang dan goreng, toskan minyaknya)
10 biji cili padi (potong keci-kecil)

Cara-cara

Rebuskan ayam dengan 2 1/2 liter air. Masukkan bunga cengkih,biji sapulaga, bunga lawang, kulit kayu manis, halia, kentang dan tomato.
Bila sudah masak, masukkan pati ayam (Knorr), aji no moto, garam dan akhir sekali jus limau kesturi. Biarkan seketika.
Hidang panas-panas dan taburkan bawang merah, bawang putih, daun sup dan cili padi di atas hidangan.