Sup Cendawan Ayam

Ramuan / Bahan

Bawang besar 3 biji dihiris halus
Bawang putih 4 ulas diiris halus
Mentega 3 sudu besar
Minyak satu sudu besar
Cendawan butang 4 biji dipotong dadu
Ayam 500g dipotong kecil
Susu segar 750ml
2 sudu besar tepung gandum dilarut dlm 1 cup air suam
Lada hitam satu sudu teh
Lada putih satu sudu teh
Gula 2 sudu teh
Garam secukup rasa.


Cara-cara

1. Panaskan minyak
2. Masukan hirisan bawang besar dan putih.
3. Masukan mentega dan biar sampai bawang separuh masak.
4. Masukan cendawan dan ayam serta goreng selama 3 min sambil kacau.
5. Masukan susu segar dan bibirkan sampai mendidih.
6. Masukan tepung yang telah dicairkan sambil kacau.
7. Masak sampai kepekatan yang dikehendaki.
8. Masukan gula dan garam secukup rasa.
9. Masukkan lada hitam dan lada putih.