Soup Sihat.

Ramuan / Bahan

Lobak
Kobis
Daun Bawang
½ sudu kecil Halia yg diparut.
1 sudu kecil Sos Ikan
3 sudu kecil Sos Tiram
1 sudu kecil Sos Lea and Perrins -jika mahu-
Air
¼ Kiub Ayam
Lada
Garam

Cara-cara

1.Potong lobak memanjang mengikut ketebalan yang ada mahukan.
2.Hiris kobis dengan nipis.
3.Hiris daun bawang dan gunakan akarnya.
4.Gaul kobis yang dihiris dengan secubit garam.
5.Letak bahan bahan yg dipotong tadi ketepi.
6.Untuk sup , masukkan 300ml air kedalam kuali dan hidupkan api dengan kadar sederhana.
7.Masukkan kiub ayam dan biarkan sehingga air mendidih dngn sedikit.
8.Masukkan daun bawang dan akarnya kemudian masukkan lobak.
9.Campur kan semua sos dan kacau.
10.Biar sehingga lobak masak mengikut tekstur yg anda mahu.
11.Selepas lobak masak , masukkan kobis dan halia dan ,masak selama 1-2 minit.
12.Tabur lada hitam secukup rasa.
13. NIKMATILAH.