Tom Yam Poh Teh

Ramuan / Bahan

Sepotong ikan siakap
10 ekor udang
200 gm sotong
3 biji tomato
2 biji bawang besar (dimayang)
2 batang serai
2 helai daun limau purut 100 gm cendawan putih (dikoyak kasar)
Garam
Gula
Perahan air asam limau
2 keping hirisan lengkuas (dimayang)
10 biji cili api (ditumbuk kasar)
Daun ketumbar

Cara-cara

Jerang tiga sendul besar air.

Sementara itu, tumbuk serai. Bubuh dalam air bersama-sama daun limau purut. Biarkan mendidih.

Masukkan udang, sotong dan ikan.

Apabila mendidih masukkan tomato, bawang besar, cendawan dan lengkuas.

Masukkan garam, gula,perahan air asam limau dan cili api.

Hiaskan dengan ketumbar dan hidangkan.