Tom Yam Mama

Ramuan / Bahan

3 ulas bawang putih
½ labu bawang besar
3 batang serai diketuk
1 batang sederi (potong serong)
½ pokok kobis bunga (potong ikut suka)
1 batang lobak merah (Potong ikut suka)
2 batang daun sup (potong dalam 2 inci)
sedikit daun ketumbar
enam biji asam limau kasturi

1 pati ayam maggi
daging ayam (ikut suka)
daging lembu (hiris nipis)
udang (ikut suka)
sotong (ikut suka)
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
2 kiub tomyam knorr
5 tangkai cili padi (diketuk)
empat helai daun limau purut

Cara-cara

1. tumis bawang putih, bawang besar, serai dan batang daun sup sehingga naik bau
2.masukkan ayam dan daging - goreng sebentar
3. masukkan air dan pati ayam maggi dan kiub tom yam knorr
4. masukkan lobak merah, bunga kobis - tunggu sampai empuk
5. masukkan batang saderi - tunggu sekejap
6. masukkan sotong dan udang
7. masukkan daun limau purut
8. masukkan cili padi
9. masukkan garam dan serbuk perasa
10. sebelum dihidangkan perahkan asam limau