Tom Yam Campur ala Thai

Ramuan / Bahan

¾ ekor ayam
( ambil bahagian daging ,Kulit dibuang )
10 ekor udang ( sederhana )
3 ekor sotong ( buang kulit )
3 batang serai - diketuk
5 helai daun limau purut
2 ulas bawang merah - dimayang besar
4 ulas bawang putih - diketuk
2 cm lengkuas muda
sedikit daun ketumbar 5 biji tomato ceri
Bunga kobis
Baby Corn ,Lobak merah
11 biji cili padi- diketuk
2 biji limau nipis - ambil jus
4 sudu sos cili
garam - secukup rasa
gula secukup rasa
3 gelas air

Cara-cara

Masukkan air dalam periuk
masukkan daging ayam yang dipotong,
udang dan sayuran yang dipotong,
apabila ayam dan empuk , masukkan semua bahan - bahan tadi .
* udang dimasukkan akhir sekali kerana ia akan mempengaruhi rasa kuah tomyam dan apabila semuanya sudah masak , akhirnya masukkan daun ketumbar,jus limau nipis.