Dodol Labu

Ramuan / Bahan

600 gm labu
300 gm tepung pulut
300 gm gula pasir
300 gm gula merah (gula kabung) 1 sudu teh garam
1 biji kelapa perut dijadikan ½ liter santan pekat
Sehelai daun pandan

Cara-cara

Rebus labu hingga empuk kemudian dilenyek hingga lumat. Masukkan kesemua bahan ke dalamnya sambil digaulkan kemudian dijerangkan sambil dikacau di atas api hingga tidak melekat di tangan. Apabila telah sejuk, bentukkan sesuka hati.