Sup Ubi Bit Bersama Ikan Kurau

Ramuan / Bahan

800 gram ikan kurau
1 batang lobak merah, dipotong dadu
1 batang sadri, dipotong dadu
1 biji bawang besar, dipotong dadu
50 ml minyak zaitun
2 batang ubi bit (sejenis ubi berwarna ungu) 400 gram daun salad
sedikit garam
sedikit lada hitam
sedikit gula
sedikit air
sedikit teragon segar

Cara-cara

Bersihkan ikan kurau. Ketepikan tulang ikan. Manakala isinya didadu.

Panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Goreng lobak, batang sadri dan bawang besar.

Masukkan tulang ikan tadi dan tambahkan sedikit air. Masukkan pula ubi bit yang telah didadu dan biarkan ia masak selama 20 minit.

Sementara menanti, potong salad dan goreng ringan di dalam kuali leper. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa dan juga sedikit gula.

Tapis sup dan masukkan pula salad tadi. Masukkan garam dan lada hitam pada ikan di dalam mangkuk sup. Tuang sup di dalam mangkuk tadi. Taburkan teragon segar sebelum dihidangkan.