Sup Tulang Sri Damansara

Ramuan / Bahan

½ cawan minyak masak
500 gm tulang selangka (dipotong dadu)
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 batang lobak (dipotong dadu)
1 biji kentang (dipotong dadu)
2 helai daun saleri
Garam secukup rasa
1 sudu teh serbuk lada hitam
Daun bawang
Bawang goreng Bahan-bahan lain:
4 biji buah pelaga
½ inci kulit kayu manis
6 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 helai daun serai
½ inci halia

Cara-cara

Tumiskan semua bahan sehingga naik bau wangi. Masukkan ketumbar, jintan manis, jintan putih. Goreng bahan-bahan tersebut hingga naik bau wangi. Masukkan tulang dan air. Biar sehingga mendidih. Masukkan sayur yang dipotong dan biarkan selama 1 1/2 jam sehingga daging lembut. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Semasa menghidangkan bolehlah ditaburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.