Sup Tulang Merah Beach Road Singapura

Ramuan / Bahan

Bahan untuk Stok

2 kilo Tulang Kambing
3 batang seleri
3 inci halia
3 biji bawang besar
1 batang lobak merah

Bahan tambahan
3 butir telor ayam Bahan Kisar

5 ulas bawang putih
2 inci halia muda
50 gram lada kering
30 gram lada padi
30 gram lada merah
3 sudu teh lada sulah
2 sudu teh lada hitam
2 sudu teh jintan halus
2 sudu teh ketumbar

Cara-cara

1. Rebus tulang dengan halia, seleri, bawang besar dan lobak merah kira-kira 2 jam setengah.
2. Asingkan tulang.
3. Lecek bawang, seleri dan lobak merah di mikro-processor atau blender.
4. Tumis bahan kisar hingga harum.
5. Campur stok dan bahan lecek tadi.
6. Bila mendidih, campurkan tulang tadi.Biarkan di rebus selama 10 minit.
7. Kemudian tambah telur dan gaul supaya telur pecah kuning di dalam sup.
7. Biar mendidh selama 10 minit