Sup Tulang Aidiladha

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan:

1 kg tulang lembu

4 batang serai- diketuk

1 inci lengkuas- diketuk

1 inci halia- diketuk

2 bungkus sup bunjut daging

1 sd besar lada hitam

1 sd teh sebuk lada putih

4 ulus bawang putih- diketuk

1½ sd besar garam kasar

3 sudu gula

sedikit ajinomoto

bahan untuk tumis:

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2 kuntum bunga lawang

2 batang kulit kayu manis

4 biji buah pelaga

½ halia








Bahan-bahan lain:

Daun sup

Daun bawang

bawang goreng

Cara-cara

Tumis bahan tumis sehingga naik bau atau masak.

Masukan air dan tulang dan rebus tulang selama 1 jam.

masukan sup bunjut, halia, lengkuas, serai, bawang putih yang diketuk, sebuk lada putih, lada hitam, ajinomoto, gula dan garam secukup rasa

rebus sup tadi selama 1 jam lagi atau lebih...lagi lama masak lagi sedap...