Dodol Kacang Merah

Ramuan / Bahan

500 gm kacang merah (kacang buah pinggang)
2 biji kelapa parut yang agak muda
500 gm gula pasir 500 gm gula kabung
1 sudu teh garam

Cara-cara

Kacang direbus hingga empuk kemudian dihancurkan hingga lumat. Kemudian campurkan dengan semua bahan dan dimasak dengan api yang sederhana sampai tidak melekat. Setelah sebati bolehlah diangkat dan dibentuk ikut suka.