Sup Tauhu Tiga Minit

Ramuan / Bahan

1. 3 keping tauhu lembut
2. 2 ulas bawang putih - tumbuk
3. Sedikit udang kering - tumbuk lumat
4. Setangkai daun bawang
5. Segelas air
6. Secubit garam dan serbuk perasa
7. 2 sudu minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Tumis bawang putih dan udang kering dalam minyak panas sehingga kekuningan.
2. Masukkan air dan biar mendidih.
3. Masukkan tauhu dan biar mereneh.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa.
5. Padamkan api dan tabur daun bawang yang dikerat pendek-pendek.