Sup Tauhu Sayur Masin

Ramuan / Bahan

2 keping tauhu putih yang besar
1 paket sayur asin atau lobak masin(potong 6cm)
cendawan butang
cendawan hitam (rendam dan hiris halus)
3 ulas bawang merah dan putih
3 mangkuk besar air suam 100 gm isi ayam (dada)- potong
dadu
2 biji tomato (belah empat)
4 biji asam jawa
sedikit tepung jagung
1 biji telur (dipukul)
garam,perisa, lada sulah

Cara-cara

1. tumiskan bawang hingga harum.
2. masukkan isi ayam,gaul hingga separuh masak.
3. kemudian, tuangkan air.
4. masukkan cendawan,tauhu,sayur masin.
5. tutup dan biarkan mendidih.
6. kemudian, masukkan garam,perisa,tomato dan asam jawa. gaul.
7.setelah mendidih,masukkan telur dan gaul cepat.
8. bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam sup.
9. biarkan ia mendidih sekejap, masukkan lada sulah dan tutup api.
10. taburkan bawang goreng dan daun sup cina.
11. hidangkan.