Sup Tauhu Mudah,Sedap dan Berkhasiat

Ramuan / Bahan

2 keping tauhu lembut
3 ulas bawang putih -tumbuk
Sedikit udang kering - tumbuk lumat
Segelas air
Sedikit daun sup dan bawang goreng
Secubit garam dan serbuk perasa

Cara-cara

1.Tumis bawang putih dan udang kering
2.Masukkan segelas air
3.Biar mendidih
4.Masukkan tauhu biar di atas api sehingga mesra
5.Masukkan secubit garam dan serbuk perasa (yang ini optional)
6.Tutup api dan tabur daun bawang dan bawang goreng
7.Hidang panas-panas