Sup Tauhu

Ramuan / Bahan

3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sebiji ubi kentang (bersaiz besar)
2 ketul tauhu (dipotong dadu)
Sebungkus pucuk kering (yg di campur dgn suhun)
2 biji telur (ikut keperluan)
1 tangkai daun sup& daun bawang
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak masak

Cara-cara

Masukkan minyak ke dalam periuk. Tumiskan bawang putih & merah sehingga kekuningan.

Masukkan air & biar sehingga mendidih. Kemudian masukkan ubi kentang yang dipotong dadu dan diarkan sehingga empuk.

Masukkan telur dan biarkan sehingga masak. Setelah telur & ubi kentang masak, masukkan tauhu,suhun, pucuk kering yang telah direndam sehingga kembang itu serta garam secukup rasa. Masukkan daun sup dan daun bawang.

Tunggu sekejap, kemudian boleh dihidangkan.