Sup Talea Sapparotd

Ramuan / Bahan

1 biji nenas (dibuang isinya, dijadikan bakul)
50 gm sotong
50 gm udang
2 batang asparagus 2 biji jagung muda
1 sudu besar kicap sotong
½ sudu kecil gula
1 cawan air sup

Cara-cara

Panaskan kuali, masukkan air sup, udang dan sotong. Rebus sehingga masak, kemudian masukkan sayur campur dan bahan perasa.

Masak seketika, kemudian tuangkan ke dalam bekas nenas tadi.

Sedia untuk dihidangkan.